KHARTOUM: Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata 16 orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum pada Ahad, lapor Xinhua.
Tentera berkata RSF melakukan "serangan sembarangan" ke atas kawasan perumahan Karari dan Wad al-Bakhit di utara Omdurman, barat laut ibu negara, membunuh 13 orang awam dan mencederakan beberapa yang lain.
"Militia juga menyerang kawasan Al-Maseed (selatan Khartoum) dan melepaskan tembakan rambang ke arah penduduk, membunuh tiga orang awam," menurut tentera dalam satu kenyataan.
SAF menambah pertempuran juga berlaku antara dua pihak bertelagah di kawasan Al-Shajara, selatan Khartoum, mengakibatkan kematian 5 anggota RSF dan mencederakan 6 yang lain.
RSF, sebaliknya, menuduh SAF mengebom kawasan perumahan di Nyala, ibu negeri Darfur Selatan di barat Sudan, membunuh 14 orang awam dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Pasukan separa tentera dalam satu kenyataan berkata 60 tenteranya terbunuh pada Ahad semasa serangan di pangkalan Kor Jurutera SAF, barat bandar Omdurman.
Sudan telah menyaksikan pertempuran bersenjata antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh manakala lebih 6,000 cedera, menurut Kementerian Kesihatan Sudan.
Lebih 4.5 juta orang telah hilang tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik itu, menurut kemas kini terkini oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Sudan telah menyaksikan pertempuran bersenjata antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh manakala lebih 6,000 cedera. - Gambar fail/ Reuters
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.
Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan
UNICEF memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wabak taun terus merebak di Sudan - PBB
Wabak taun di Sudan terus menular di saat akses kepada penjagaan kesihatan berdepan kekangan manakala perang saudara berterusan.
Lebih 1.6 juta kanak-kanak kurang nutrisi pada 2024
Kawasan terjejas banjir mengalami kekurangan nutrisi makanan yang teruk akibat penularan penyakit bawaan air dan keadaan sesak.
5.8 juta orang hilang tempat tinggal akibat perang di Sudan - IOM
Pertubuhan Migrasi Antarabangsa PBB (IOM) pada Rabu mendedahkan bahawa hampir 5.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik berpanjangan.
19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.
Pertempuran ganas meletus kembali di Khartoum
RSF melancarkan serangan menyasarkan ibu pejabat Komando Am SAF di Khartoum dan pangkalan tentera lain di bandar Omdurman dan Bahri.
Sekurang-kurangnya 13 kubur besar dijumpai di Sudan - PBB
Sekurang-kurangnya 13 kubur besar ditemui berhampiran bandar El Geneina di Sudan.